Tentang kami

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Crescent Digital Sdn Bhd menawarkan khidmat transformasi digital kepada perniagaan yang ingin meneroka dunia perniagaan digital, dengan fokus kepada Ekonomi Digital Islam.

Kumpulan kami dianggotai konsultan dan pakar integrasi digital yang akan membantu perniagaan anda melakukan transformasi kepada perniagaan digital yang akan memberi perhatian jitu kepada penjanaan kewangan dan kelestarian perniagaan anda.

Kami mempunyai visi untuk membolehkan syarikat atau perniagaan anda beralih kepada model perniagaan digital berdasarkan cara operasi, ciri-ciri unik syarikat atau perniagaan, serta corak tingkah laku pelanggan, untuk menyesuaikan syarikat anda dalam dunia perniagaan yang saban hari beralih kepada ekonomi digital.

Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui borang di bawah.

Enquiry form