Berikut adalah Terma dan Syarat aplikasi “YAKIN”. Sila baca dan fahami Terma dan Syarat berikut dengan  teliti. Bagi menggunakan aplikasi ini, pengguna disarankan mendaftar terlebih dahulu.

“YAKIN” (mohon rujuk “Definisi”), adalah dibangunkan, diterbitkan dan diuruskan oleh Crescent Digital Sdn Bhd (CDSB) bagi pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Dengan memuat turun atau menggunakan YAKIN anda telah bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat ini. Sila hentikan penggunaan YAKIN jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana Terma dan Syarat yang telah dinyatakan.

Yakin adalah satu kemudahan dan aplikasi bermaklumat yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Badan Bukan Kerajaan dan hak pengguna. Adalah dimaklumkan bahawa CDSB tidak berpihak kepada mana- mana parti atau kumpulan politik serta agama. Segala pendapat dan pandangan yang diterbitkan kedalam mana-mana bahagian aplikasi YAKIN seperti penerbitan atau artikel atau video serta lain-lain merupakan pandangan dan pendapat PPIM. YAKIN sebagai aplikasi rasmi PPIM hanya bertindak sebagai platform sosial, tanpa menyokong atau membantah mana-mana pihak, kerajaan atau lain-lain organisasi.

1.0 DEFINISI

Di dalam Terma dan Syarat ini, perkataan-perkataan seperti berikut akan mempunyai maksud seperti yang dinyatakan, melainkan jika wujud konteks penggunaan perkataan yang berbeza

“PPIM” adalah singkatan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

“CDSB” adalah singkatan dari Crescent Digital Sdn Bhd.

“YAKIN” merujuk kepada Aplikasi YAKIN.

“Pengguna” adalah satu istilah yang digunakan untuk menerangkan pengguna atau sukarelawan PPIM yang memuat turun atau menggunakan YAKIN atau melakukan sesuatu berkaitan YAKIN.

“Aduan” bermaksud perkhidmatan Aduan yang disediakan melalui YAKIN.

“Sumbangan” bermaksud perkhidmatan Sumbangan yang disediakan melalui YAKIN.

“Modul” bermaksud perkhidmatan selain Aduan dan Sumbangan yang disediakan dalam YAKIN.

2.0  PENGGUNAAN

Yakin adalah dibawah penyeliaan bersama CDSB-PPIM. Hak penggunaan bagi Pengguna adalah tertakluk kepada syarat berikut.

  1. Penggunaan YAKIN dalah bersifat persendirian, dan bukan untuk tujuan keuntungan atau komersial kecuali yang telah dipersetujui secara bertulis oleh pihak CDSB.
  2. Perlakuan seperti (i) mencetak, menjual, menyebarkan, memindahmilik, memaparkan dikhalayak ramai, menyewakan, menerbitkan atau mengubah YAKIN atau apa-apa bahagian berkenaan YAKIN,
  3. merubah, menyesuaikan, memisahkan, mengemaskini, merungkai atau melakukan ‘kejuruteraan balik’ (reverse engineering) terhadap YAKIN adalah tidak dibenarkan.
  4. CDSB mempunyai hak sepenuhnya keatas YAKIN untuk melakukan (tetapi tidak terhad kepada) kesemua perkara yang dinyatakan diatas, pada bila-bila masa.
  5. Pengguna mestilah (i) tidak melakukan perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai jenayah dibawah semua Undang-Undang yang berkenaan, (ii) tidak menyamar sebagai individu lain atau melakukan kecurian identiti (iii) memuatnaik apa-apa perkara yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kerugian seperti virus dan lain-lain (iv) serta tidak melakukan perkara yang boleh mengundang kecederaan secara fizikal dan mental atau perkara yang dianggap tidak berakhlak secara amnya.
  6. CDSB mempunyai hak penuh untuk menghalang atau menarik semula penggunaan YAKIN, secara  keseluruhan atau sebahagian daripadanya.

3.0  PERINGATAN

  1. PPIM dan CDSB menyediakan YAKIN sebagai satu kaedah alternatif penyampaian dan penerimaan maklumat terkini dari pihak PPIM atau CDSB kepada atau daripada pengguna.
  2. PPIM dan CDSB berhak membatalkan atau tidak mengambil tindakan atas sebarang maklumat yang disampaikan melalui YAKIN.
  3. PPIM dan CDSB tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kos tambahan, kerosakan atau masalah yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan atau maklumat yang disediakan YAKIN, sama ada Aduan, Sumbangan, Modul atau perkhidmatan lain yang boleh didapati melalui YAKIN atau sebarang perkara berkaitan YAKIN yang tidak dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini, (termasuk tetapi tidak terhad) kepada perkara berkaitan muat turun atau pemasangan YAKIN.
  4. PPIM dan CDSB berhak menukar syarat-syarat ini dari semasa ke semasa tanpa memerlukan sebarang notis pemberitahuan.
  5. Penggunaan perkhidmatan yang disediakan melalui YAKIN yang mempunyai platform tersendiri adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat platform tersebut. Penggunaan perkhidmatan Aduan adalah tertakluk kepada Terma dan Syaratnya tersendiri seperti yang di nyatakan di laman sesawang rasmi PPIM. Selain itu, penggunaan perkhidmatan Sumbangan adalah tertakluk kepada Terma dan Syaratnya tersendiri seperti yang dinyatakan di laman sesawang rasmi perkhidmatan tersebut iaitu sumbangan.com.
  6. Dengan menggunakan YAKIN, anda bersetuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan Undang- Undang keatas CDSB atau PPIM, sama ada ke atas organisasi itu sendiri, orang yang berkaitan atau mana-mana organisasi yang berkaitan dengan CDSB atau PPIM.
  7. Dengan menggunakan YAKIN, anda juga bersetuju untuk bekerjasama dalam sebarang proses perundangan yang berkaitan YAKIN jika tertuduh atau menjadi saksi.

4.0      PEMILIKAN

Semua hak cipta dan harta intelek dan hak tuan empunya (proprietary rights) dalam isi kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, perisian, kod, skrip, halaman web, muzik, bunyi, gambar, video, grafik, ‘interface’ pengguna grafik (UI), borang, rajah atau bahan lain yang terkandung dalam YAKIN adalah milik CDSB atau PPIM atau pemberi lesennya melainkan dinyatakan sebaliknya.

LAIN-LAIN

  1. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda selaras dengan dasar Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta perlembagaan & undang-undang negara.
  2. Terma dan Syarat yang telah diterbitkan mungkin berubah bergantung kepada perubahan teknologi.
  3. Jika terdapat sebarang perubahan, ia akan dimaklumkan di media sosial dan laman sesawang rasmi PPIM.
  4. Jika didapati pengguna & syarikat yang berdaftar melanggar Terma & Syarat Yakin atau Terma dan Syarat mana-mana perkhidmatan lain yang disediakan atau melanggar mana-mana prinsip PPIM, PPIM berhak membatalkan pendaftaran pengguna dan/atau keahlian sukarelawan.